Monday, October 1, 2012

top ittipat tao kae noi - the billionaire film - DONT GIVE UP!!

tao kae noi bermaksud tokey muda dalam bahasa thailand (correct me if i'm wrong). and top ittipat adalah seorang jutawan muda. Filem the billionaire ialah kisah hidup beliau. susah senang, putus asa, harapan dan kejayaan beliau di olah dalam filem ini. amat menyentuh perasaan. amat memberikan inspirasi. Saya mahu menjadi seperti beliau. seorang yang punya kekuatan mental yang sangat tinggi dalam usaha nya untuk berjaya. walau apa pon kesusahan yang menimpa, beliau tetap berusaha bersungguh2. ada ketika beliau lemah, semangat nya hilang, berputus asa. namun berkat kesungguhan serta kebijaksanaan, beliau berjaya memasarkan produk beliau di syarikat 7 eleven di seluruh dunia pada usia yang masih mentah. ape produk beliau?? kudapan rumpai laut. Ya, hanya itu produk beliau. Produk tersebut telah membuatkan beliau menjadi jutawan. di saat menyaksikan beliau berjaya memasarkan produk nya buat pertama kali, terasa sebak di dalam dada ini. penat lelah beliau berbaloi. satu lagi info, beliau tidak mempunyai kelayakan akademik pon. betapa hebat nya beliau. dibawah ini adalah beliau dan rumpai laut nya. tahniah top. anda memberikan semangat dan inspirasi buat saya seorang penganggur.